Assalamualaikum,salam sejahtera
Segala puji bagi allah tuhan sekalian alam.Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW,keluarga serta sahabat-sahabat baginda.
Disini saya ingin berkongsi petua yang saya baca dari buku-buku petua yang saya pilih dan yang saya rasa berguna pada saya dan sahabat-sahabat yang dikasihi.Harapan saya semoga kita semua dapat manfaat dan berkesanan kepada sahabat sekalian.
Segala kesilapan dan kekurangan adalah kekurangan saya,oleh itu jika terdapat sebarang kesilapan harap mohon maaf.Teguran membina amatlah dialukan untuk membetulkan kesilapan masa akan datang.Sekian.
PETUA 1
MENYEGARKAN KULIT MUKA
LEBIHAN air teh semalam jika tidak habis diminum,jangan terus dibuang.Banyak kegunaannya.Antaranya ialah ia dapat menyuburkan pokok.Jika kita ingin melihat pokok yang kita tanam hidup subur,siramkan ia dengan air teh tersebut.
Selain daripada itu air teh semalaman juga boleh digunakan untuk mencuci muka bagi menyegarkan dan menegangkan kulit muka.Caranya mudah sahaja.Sebelum kita membasuh dengan sabun atau pencuci muka,basuhkan muka dengan air teh tersebut .Biarkan 10 hingga 15 minit.Selepas itu boleh dibilas dengan menggunakan air bersih.Lakukan setiap pagi dan lihat hasilnya,pasti akan menggembirakan
PETUA 2
MENGHINDARKAN KULIT BERMINYAK
KEDUA-DUA jenis daun ini boleh membantu menghilangkan minyak di kulit muka kita dan seterusnya menghilangkan masalah jerawat.
Daun sirih dan daun jambu batu hendaklah diramas terlebih dahulu di dalam semangkuk air sahaja.Sapukan air itu kepada kulit muka dan biarkan selama 5 minit.Kemudian bilas muka dengan air bersih.Lapkan muka dengan tuala muka atau kertas tisu.Lakukan selalu pada kulit muka yang berminyak.
PETUA 3
MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM PADA KULIT
DAUN ini boleh menghilangkan kesan-kesan hitam pada sel-sel kulit yang sudah mati.Yang memerlukan rawatan seperti ini adalah mereka yang menghidapi penyakit campak dan yang ada bintik-bintik seperti kudis yang akan kering.Apabila rawatan ini diulang beberapa kali,kudis yang sudah kering akan tanggal.Selepas itu kesan tompok hitam akan terhapus dan kulit anda akan kelihatan seperti sediakala
Daun mambu dengan beras direndam sementara mata kunyit hidup ditumbuk hingga halus.Campurkan bahan ini dengan sedikit air.Kemudian sapukan bahan tadi pada seluruh muka dan juga badan,Lakukan rawatan ini dua kali sehari,sampai kulit kelihatan licin dan sihat.
PETUA 4
MERAWAT MATA DARI BERKEDUT
PENGGUNAAN timun adalah sangat elok untuk mengelakkan kedutan di sekeliling mata.Fungsinya yang lain adalah untuk merehatkan dan menyejukkam mata.Basuhlah timun bersih-bersih.Hiris timun nipis-nipis dan membulat.Aturkan hirisan timun tadi sekeliling mata dan kelopaknya.Anda bolehlah berehat selama 10 minit.Kemudian basuh muka dengan air bersih dan lap muka dengan tuala muka.
PETUA 5
MENYERIKAN MUKA
WANITA hari ini sangat mengambil berat tentang kecantikan wajah.Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk membeli bahan-bahan persolekan dan rawatan tradisional untuk memelihara keserian muka.Ada yang sanggup mengurung diri di dalam rumah disebabkan wajah yang menjijikan.Untuk menaikkan seri muka,cuba kamu amalkan petua bawah ini
..Selepas cuci muka,panaskan tuala muka dan letakkan pada muka selama seminit.Lakukan tiga kali.Bilas muka dengan air dari peti sejuk.Cuba dan lihat khasiatnya sendiri.
..Mengunakan bedak sejuk sememangnya popular dari zaman dahulu hingga sekarang.Golongan tua juga muda gemar menggunakan bedak sejuk terutama sekali yang tinggal di kampung-kampung.Ia boleh menyejukkan dan menyegarkan kulit serta sebagai pengganti bedak terkini.Basuh beras dan rendam selama 40 hari.Air rendamannya pula perlu ditukar setiap hari.Kisarkan beras tadi dengan sedikit jerangau dan daun cekur sehingga lumat.Campurkan sedikit air supaya ramuan itu sebati dan dikacau rata.Ambil bahan itu dengan tangan dan titis-titiskan pada kain nipis jenis muslin dan jemur hingga kering serta berbiji-biji.Simpan bedak sejuk tadi di dalam bekas tertutup bersama bunga-bunga yang berbau wangi seperti bunga cempaka,melur dan kenanga.Apabila diperlukan,ambil empat,atau lima biji bedak sejuk dan basahkan dengan sedikit air secukupnya.Sapukan pada kulit muka sehingga bancuhan ini kering.Kemudian sapukan rata-rata di seluruh muka.Ia sesuai digunakan pada bila-bila masa terutama sekali pada sebelah malam sebelum tidur.
PETUA 6
MENYEGARKAN MATA
SEMUA orang mahukan mata yang segar dan sihat.Mata yang terasa panas,pedih dan layu disebabkan faktor iklim persekitaran,pencemaran alam dan banyak menonton televisyen.Oleh itu kita perlu mengambil berat tentang penjagaan mata.
Kesegaran mata dapat dikekalkan dengan penggunaan serbuk teh yang sudah dijadikan air minuman.Teh mempunyai fungsi yang sama dengan timun.Caranya mudah sahaja.Uncang teh yang telah digunakan untuk membuat air teh,jangan dibuang kerana masih berguna.Sejukkan uncang tersebut dan letakkan di atas mata serta menutupi keseluruhan mata.Biarkan selama beberapa minit yang diperlukan.Cara ini berkesan untuk menyegarkan mata terutama sekali bagi mereka yang tidak cukup tidur.
PETUA 7
MELEMBUTKAN DAN MELINCINKAN KULIT MUKA
MELEMBUTKAN KULIT MUKA
Minyak zaitun digunakan pada kulit muka kita supaya muka kelihatan sentiasa lembap.Jika anda berkulit jenis kering eloklah mengamalkan minyak ini.Minyak zaitun ada terdapat di pasaran dan harga berpatutan.Sapukan minyak zaitun pada kulit muka selalu supaya kulit anda kekal lembap untuk jangka masa panjang.
MELINCINKAN KULIT MUKA
Bukan mudah bagi setiap orang untuk mengekalkan kelembutan kulit muka.Apabila kulit muka kelihatan licin
rasanya tak jemu memandangnya.Muka yang licin dan kilat hanya dapat dikekalkan dengan penggunaan beras.Ia adalah petua nenek moyang orang india sejak zaman berzaman.Fungsinya sama seperti bedak sejuk
iaitu untuk melincinkan dan mencantikkan kulit muka.
Caranya ialah beras dibasuh dan direndam beberapa jam.Kemudian digiling bersama kunyit hidup.Campuran tersebut disapu pada seluruh kulit muka dan diratakan.Ada juga yang menggunkan bedak ini setiap hari.
PETUA 8
AWET MUDA
PENGGUNAAN pati daun lidah buaya boleh menyempurnakan fungsi perjalanan darah,menyegarkan kulit,menghindarkan masalah kulit,juga membuat kulit menjadi lembap.Cleopatra yang terkenal pada zaman dahulu dengan mengekalkan kejelitaan wajahnya dengan mengamalkan penggunaan pati lidah buaya.Setiap remaja pasti ingin memiliki kulit wajah yang licin dan bersih.Tetapi cara hidup yang aktif membuatkan kulit anda terdedah kepada cahaya matahari,habuk dan benda asing.Pendedahan ini menyebabkan pembentukan pigmentasi,tetua dan kecelaan kulit.
Pati lidah buaya mengandungi penapis yang melindungi kulit anda daripada bahaya sinaran ultra ungu yang meransang pertumbuhan melanin dan seterusnya mengurangkan pembentukan pigmen dan kecelaan pada kulit.Pati ini juga mengandungi Vitamin C dan unsur-unsur penyubur semulajadi yang menjadikan kulit berseri-seri.Wujudnya bahan-bahan tambahan asli menghasilkan kehalusan dan kemudaan kulit terutama wajah kita.
Caranya mudah sahaja iaitu ambilkan beberapa daun lidah buaya,keluarkan isinya yang merupakan patinya.
Sapukan pati ini keseluruhan kulit wajah biarkan selama lima minit.Selepas itu basuhlah kulit wajah dengan air yang bersih
PETUA 9
MENGHILANGKAN KOTORAN KULIT MUKA
JUS limau bertindak sebagai bahan penyegar.Fungsinya adalah untuk menghilangkan baki kotoran yang masih ada di kulit selepas menggunakan pencuci muka.Di masa kini ia dinamakan "toner atau astringent"
Perah limau dan tapis airnya.Ambil kapas muka dan serapkan beberapa titik air limau.Sapukan rata-rata
pada seluruh muka.Lakukan dengan sempurna.Amalan ini boleh dibuat setiap hari
PETUA 10
MENGHAPUSKAN KEDUT-KEDUT KULIT MUDA
PUTIH telur berfungsi sebagai topeng.Bahan ini bertindak menghilangkan bintik-bintik putih dan hitam.Cara ini dapat mengekalkan wajah daripada berkedut.
Caranya ialah pukul putih telur dan campurkan sedikit perahan limau nipis dan dikacau hingga sebati.Sapukan bahan ini pada seluruh wajah dan tunggu selama 10 hingga 15 minit.Bilaslah wajah dengan air bersih.
Kesannya,kulit wajah akan terasa tegang dan lebih segar.Secara tidak langsung sel-sel yang mati akan hilang,kulit akan tampak lebih putih dan bercahaya.Cara ini sesuai dilakukan seminggu sekali.